Pages

Sinopsis

Saya ingin berkongsi info penggunaan tatabahasa Bahasa Malaysia Tahun 4 dengan murid sekalian dalam blog saya. Maklumat yang saya berkongsi ini menepati standard KBSR dan sesuai dijadikan bahan rujukan atau ulangkaji untuk murid-murid.

Ahad, 29 Mei 2011

Kata Kerja

Kata Kerja ialah kata yang digunakan untuk menyatakan perbuatan atau perlakuan. Kata kerja terbahagi kepada:

Kata Kerja Transitif
- Kata kerja yang tidak boleh berdiri sendiri dan mesti disertai objek sebagai penyambut.

Contoh:          Subjek                          Predikat
                      Amina               melayari            internet.
                                     (Kata Kerja Transitif) (objek)

Kata Kerja Tak Transitif
-Kata kerja yang boleh berdiri sendiri dan tidak memerlukan penyambut.

Contoh:         Subjek                          Predikat
                     Bayi itu                       tersenyum.                                             
                                            (Kata Kerja Tak Transitif)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan