Kata nama ialah kata yang menamakan orang, haiwan, benda, tumbuhan, tempat dan sebagainya.Kata nama terbahagi kepada tiga jenis, iaitu:
(a) Kata nama am
(b) Kata nama khas
(c) Kata ganti nama
Kata nama am digunakan untuk merujuk
kepada benda, tempat, binatang, orang
dan sebagainya secara umum.
Contoh: benda - basikal, komputer,
majalah
haiwan - itik, burung, zirafah
orang - guru, penulis, nelayan
tempat - kilang, dewan, ladang
(b) Kata Nama Khas
Kata nama khas digunakan untuk merujuk kepada benda, tempat, binatang,
orang dan sebagainya secara khusus.
Contoh: benda - Proton Wira, Kamus Perdana, Berita
Harian
haiwan - Si Tompok, Sang Kancil, Pak Belang
orang - Hazim, Cikgu Lee, Puan Susila
tempat - Pulau Langkawi, Universiti Malaya,
Johor
(c) Kata Ganti Nama
Kata ganti nama menjadi pengganti kata nama am atau kata nama khas.
Kata ganti nama terbahagi kepada empat jenis, iaitu :
(i) Kata ganti nama diri
(ii) Kata ganti nama tunjuk
(iii) Kata ganti nama diri tanya
(iv) Kata ganti nama tak tentu


Tiada ulasan:
Catat Ulasan